The Pain Is Killing Me


Dah due hari aku tak boleh makan ape2, minum ape2, just roti kosong and air kosong. Semua nya kosongg. Pedih sangat perut aku. Macam-macam ubat doctor senget tu bagi. Ingat aku ni hape? Besok nak kena X-ray, next ape pulak lagi? Operate? Haaa, Ya Allah, harap2 takde pape besok. Hahaha. 

Next, OMG ! Khamis result PMR keluar. Ya Allah, takut, gerun, nervous, excited, semua ade ! Aku tak target sejarah aku, sebab aku tak habis baca doe. Haduhhh. Aku harap aku dapat atas daripada 5A's. Aku tak yakin aku dapat Straight A's, sbb tahun ni, yes, aku kurang study. Aku pon taktau kenape aku malas. Aku dapat 7A's pon dah bersyukur sangat2. Tapi kalau dah rezeki aku Allah nak bagi 8A's, Alhamdulillah. Aku harap result aku tak teruk. Aku doakan aku dengan kawan2 aku dapat result yg cemerlang. Senang cakap, AWESOME ! 

"Ya Allah, berikan lah aku dan kawan-kawan aku keputusan yang cemerlang dalam PMR, Ya Allah. Aku Mohon kepadaMu, Ya Allah."


Thanks for reading :D